Catatan

Mampu poligami atau sekadar bermain origami

  Awal tahun ini JANUARI 2023, kita dikejutkan dengan kisah artis-artis malaysia, Kita sendiri lihat bermacam-macam komen yang diterima , ada yang mendoakan dan ada juga bermaki-makian .  Rata-rata wanita memang tak rela dimadukan, kerana kebanyakan wanita memang tak rela berkongsi kasih sayang, saya disini bukan untuk menindakkan takdir atau menghalang jika ada para lelaki hendak menegakkan sunnah. Bila kita bercakap pasal (lelaki boleh kawin empat) ikut sunnah. Masing-masing bukan main gembira sebab boleh kawin empat , dan persoalan saya adakah lelaki itu mampu dari segi nafkah zahir dan batin, JANGAN lupa perasaan isteri juga termasuk dalam nafkah batin Keperluan emosi, mental dan fizikal yang baik merupakan salah satu nafkah batin yang wajib suami tunaikan terhadap isteri. Islam melarang seorang suami melayan isteri dengan cara yang tidak baik. Saya juga berharap para wanita tak membuka aib suami dalam media sosial, kalau boleh biarlah kita selesaikan dengan cara baik, ker...
Imej
ALLAH TEMUKAN KITA BERSEBAB DAN ALLAH PISAHKAN KITA PUN BERSEBAB Kita sering menyalahkan takdir. Kenapa kita harus kehilangan orang yang kita sayang? Kenapa kita tak boleh bersama dengan dia sedangkan kita sayang kan dia sangat?! Lupakan semua persoalan itu dan cuba kembali berfikir dan bermuhasabah diri. Cuba tanyakan balik pada diri kita. Kenapa Allah pisahkan kita dengan dia? Kenapa Allah tidak satukan kita dengan dia? Jangan asyik katakan mengapa dan kenapa. Tapi katakan lah, Aku yang terpilih! Ketahuilah aturan Allah itu sangat sempurna. Lebih baik seandainya kita kehilangan cinta manusia yang kemudian nya kita kembali mengejar cinta Allah. Atau mungkin Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik bagi kita. Apabila kita mencintai ALLAH, ALLAH akan mencintai kita dan apabila ALLAH telah mencintai kita, semua orang yang mencintai ALLAH akan turut mencintai kita. Mungkin juga ada 'kesilapan' semasa kita bersama dengan nya. Mungkin juga apabila bersama denga...

Ketika Diri didatangi UJIAN ..Ingatlah ALLAH

Kita sering mahukan hari yang CERAH…. Tetapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan… Kita ingin seringkan KESERONOKAN….. Jauh sekali akan KESUSAHAN… Tetapi Allah lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar ERTI KEHIDUPAN… Kita sering menginginkan KETENANGAN…..Hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & KEJAHATAN ————————————————————————————- Kita sering mempersoalkan,  Ya Allah, kenapa semua ini terjadi pada aku sedangkan hati ini tidak menginginkannya ? ,  kenapa berat sangat ujian ini   ? dan  bagaimana untuk aku menghadapi semua ini ? Semuanya telah Allah SWT jelaskan Al-Quran di atas setiap perkara yang kita persoalkan. Maha Suci Allah dari menzalimi hamba-hambaNYA bahkan manusia itulah yang banyak menzalimi dirinya dengan melakukan dosa-dosa. ————————————————————————— “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahu...

KISAH RASULULLAH DAN BUAH LIMAU

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.  Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.  Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan m...

Apakah sumbangan kita kepada islam ?

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali. Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.  Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”  Tersentuh hati baca kisah ini Ya allah ampunkanlah kami ... =(

Uwais al-Qarni ..Menjadi sebutan penduduk di langit !

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan. Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit. Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya. Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya. Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapala...

Kisah Zinnirah

Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa m...