Mampu poligami atau sekadar bermain origami

 Awal tahun ini JANUARI 2023, kita dikejutkan dengan kisah artis-artis malaysia, Kita sendiri lihat bermacam-macam komen yang diterima , ada yang mendoakan dan ada juga bermaki-makian . 

Rata-rata wanita memang tak rela dimadukan, kerana kebanyakan wanita memang tak rela berkongsi kasih sayang, saya disini bukan untuk menindakkan takdir atau menghalang jika ada para lelaki hendak menegakkan sunnah. Bila kita bercakap pasal (lelaki boleh kawin empat) ikut sunnah. Masing-masing bukan main gembira sebab boleh kawin empat , dan persoalan saya adakah lelaki itu mampu dari segi nafkah zahir dan batin, JANGAN lupa perasaan isteri juga termasuk dalam nafkah batin

Keperluan emosi, mental dan fizikal yang baik merupakan salah satu nafkah batin yang wajib suami tunaikan terhadap isteri. Islam melarang seorang suami melayan isteri dengan cara yang tidak baik.

Saya juga berharap para wanita tak membuka aib suami dalam media sosial, kalau boleh biarlah kita selesaikan dengan cara baik, kerana emosi anak-anak sangat penting, anak-anak yang menjadi mangsa.

Lelaki perlu tahu, isteri tidak akan membebel atau marah sekiranya tugasan dia dibantu oleh suami, masak bersama, jaga anak bersama, bertolak ansur dalam menguruskan hal rumah tangga.

Isteri juga harus faham keadaan suami, jangan diminta emas setiap bulan. Ikut la kemampuan suami, suami juga ada perasaan yang kadang mereka hanya simpan semata-mata untuk kebahagian kita.

Suami jangan berangan nak ada isteri kedua kalau emosi isteri masih terumbang ambing, save bajet tapi nak tambah isteri.dalam erti kata mudah tolong SEDAR DIRI kita belum cukup syarat untuk tambah isteri. TAPI SEKIRANYA dah terlebih mampu,Beranilah berbincang dengan isteri terlebih dahulu. Bukankah ayat utama para lelaki beras kita beli, beras dah beli bincang lah.. JANGAN LARI ..

Kepada isteri dan suami ,kita jangan lupa keindahan didunia cuma pinjaman dan bukan lah berkekalan.sayangilah orang yang ada disebelah kita , kerana tak selamanya dia ada bersama kita. Selagi ada waktu teruskan dan simpanlah sebanyak mana kenangan. kerana kita semua pinjaman dari allah.


SEMOGA KITA SEMUA AKAN MASUK SYURGA ALLAH .











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Uwais al-Qarni ..Menjadi sebutan penduduk di langit !

Kisah Zinnirah