Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

Mampu poligami atau sekadar bermain origami

  Awal tahun ini JANUARI 2023, kita dikejutkan dengan kisah artis-artis malaysia, Kita sendiri lihat bermacam-macam komen yang diterima , ada yang mendoakan dan ada juga bermaki-makian .  Rata-rata wanita memang tak rela dimadukan, kerana kebanyakan wanita memang tak rela berkongsi kasih sayang, saya disini bukan untuk menindakkan takdir atau menghalang jika ada para lelaki hendak menegakkan sunnah. Bila kita bercakap pasal (lelaki boleh kawin empat) ikut sunnah. Masing-masing bukan main gembira sebab boleh kawin empat , dan persoalan saya adakah lelaki itu mampu dari segi nafkah zahir dan batin, JANGAN lupa perasaan isteri juga termasuk dalam nafkah batin Keperluan emosi, mental dan fizikal yang baik merupakan salah satu nafkah batin yang wajib suami tunaikan terhadap isteri. Islam melarang seorang suami melayan isteri dengan cara yang tidak baik. Saya juga berharap para wanita tak membuka aib suami dalam media sosial, kalau boleh biarlah kita selesaikan dengan cara baik, ker...